"SENTIASALAH BERBUAT KEBAIKAN, KERANA KITA TIDAK TAHU AMALAN YANG MANA AKAN MENJADI ASBAB KITA KE SYURGA ALLAH
RAYUAN SUMBANGAN UNTUK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ QATRUNNADA
.
JOM KENALI DENGAN LEBIH DEKAT MENGENAI MAAHAD TAHFIZ QATRUNNADA
Semoga dengan mengenali maahad tahfiz ini dengan lebih dekat akan membuka hati tuan puan untuk bersama-sama menginfaqkan sedikit harta ini untuk ke jalan Allah. Insyaallah
Maahad Tahfiz Qatrunnada, ditubuhkan dan mula beroperasi sejak bulan September, tahun 2020. Kini mahaad ini diuruskan oleh pengasasnya,
Kampung Pondok Lalang, Tepoh, 21300, Kuala Nerus, Terengganu
.
Untuk makluman Tuan/Puan, kebanyakkan para pelajarnya
berusia dalam lingkungan 13-17 tahun dan rata-ratanya terdiri daripada golongan
anak-anak yatim, anak-anak asnaf serta anak-anak orang kurang upaya (OKU).
.
Tumpuan utama pengajaran di sini adalah berteraskan penghafalan dan pengajian berkitab. Alhamdulillah, walaupun maahad ini baru sahaja beroperasi, jumlah keseluruhan pelajar tidak termasuk tenaga pengajar dan kakitangan staf yang setia membantu mengurus dan mengajar anak-anak pelajar hingga kini telah mencapai 200 orang.
PENTINGNYA UNTUK KITA BANTU MAAHAD TAHFIZ QATRUNNADA KERANA ?
.
✔️ Tapak tanah yang diwakaf berkeluasan 1.5 ekar dibiar kosong begitu sahaja.
✔️ Walaupun kekangan dana, pihak maahad berjaya membersihkan dan menambun
tanah pada awal tahun 2021.
✔️ Pada awal Ramadan, pihak arkitek MTQ telah mengeluarkan pelan
pembinaan bangunan dan memulakan fasa untuk membangun bangunan-bangunan Pusat
Al-Quran ini.
✔️ Projek pembangunan yang dimulakan dengan tapak tanah kosong ini bakal membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak pelajar kampung untuk mendapat ilmu pengajian Al-Quran secara formal.
.
PERKEMBANGAN TERKINI
4 Julai 2021 - Kerja-kerja pembinaan telah bermula. Pembinaan surau tahfiz didahulukan. Untuk mengetahui perkembangan semasa pembangunan maahad, boleh klik butang link di bawah.
>>> https://www.facebook.com/Maahad-Tahfiz-Qattrunnada-Lilbanat-106318057942400/
DANA YANG DIPEROLEHI AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBIAYAI KOS DIBAWAH
.
Untuk kos keseluruhan pembangunan pusat Al-Quran ini, ianya bakal menelan perbelanjaan sebanyak RM4 Juta. Dana ini juga termasuk untuk kos penyelenggaran seperti berikut;
✅ Kos pertukangan.
✅ Kos pengurusan dan utiliti.
✅ Kos bil utiliti (bil air, elektrik dan lain-lain)
✅ Kos pembelian perabut.
✅ Kos pengurusan dan kebajikan para pelajar dan guru-guru.
.
Berikut disenaraikan pembinaan
fasiliti bangunan serta kos perbelanjaanya termasuklah;
✅Bangunan Sekolah : RM1 Juta
✅ Bangunan tadika PASTI : RM1 Juta
✅Surau 2 Tingkat : RM500,000
✅ Bangunan Asrama Pelajar : RM500,000
✅ 2 Bangunan Tamu : RM300,000
✅ Dewan Serbaguna : RM300,000
✅ Kos-kos tambahan lain* : RM200,000
*pembinaan rumah tenaga pengajar dan mudir*
Dari Abu Hurairah: Sesungguhnya Baginda bersabda:
“Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah.” (HR Muslim dan Tirmidzi).
BAGAIMANA
CARA MEMBANTU KAMI?
.
Alhamdulillah, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej istimewa di bahagian pilihan pembelian di bawah bagi memudahkan Tuan/Puan menyumbang. Pakej-pakej ini hanya dijadikan bahan rujukan. Sumbangan dana adalah tidak terhad.
Atau,
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank
Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah
MAYBANK
DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN
5630 2863 4304
*Tolong letakkan rujukan "DanaMTQ" untuk memudahkan pihak kami agihkan dana.
Sijil Pendaftar SSM Maahad Tahfiz Qatrunnada
- Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
- Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +6019-510 1294 (Wakil Pengurusan Maahad Tahfiz Qatrunnada)