"KITA MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN, ALLAH SWT MUDAHKAN URUSAN KITA.."
RAYUAN DANA UNTUK PROJEK BINA BANGUNAN SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ QATRUNNADA ATAS TAPAK TANAH WAKAF
.
Wabak
pandemik yang melanda kini telah mencetuskan kegusaran di hati warga Mahaad
Qatrunnada. Impian untuk membina sebuah pusat Al-Quran di atas tapak tanah yang
telah diwakafkan semakin terkubur dan lenyap.
.
Adakah
ini pengakhirannya?
.
TIDAK! JIKA DENGAN BANTUAN DAN KEPRIHATINAN ANDA HARI INI!
.
Berbekalkan
semangat untuk melahirkan para fisabilillah yang terunggul di dunia dan di
akhirat, kini pihak maahad sedang berusaha sedaya yang boleh untuk mencukupkan
tabung dana pembangunan, pengurusan dan kebajikan Maahad Tahfiz Qatrunnada.
.
Peluang keemasan menanti anda di sini. Siapa lagi yang mahu menolong mereka kalau bukan KITA, saudara Islam mereka? Jauh atau dekat, inilah saudara Islam yang perlu kita jaga. Jangan sesekali kita pejam mata, membiarkan mereka ini terus dalam kancah kesulitan.
.
Sesungguhnya,
Allah SWT amat suka dengan hambaNya yang gemar membantu dan memudahkan urusan
orang lain.
.
Hal ini jelas dari Abu
Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba Nyaitu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim).
Lokasi Mahaad Tahfiz Qatrunnada
Kampung Pondok Lalang, Tepoh, 21300, Kuala Nerus, Terengganu
.
Maahad Tahfiz Qatrunnada, Kuala
Nerus mula ditubuhkan dan beroperasi sejak bulan September, tahun 2020. Kini mahaad ini diuruskan oleh pengasasnya,
.
Untuk makluman Tuan/Puan, kebanyakkan para pelajarnya
berusia dalam lingkungan 13-17 tahun dan rata-ratanya terdiri daripada golongan
anak-anak yatim, anak-anak asnaf serta anak-anak orang kurang upaya (OKU).
.
Tumpuan utama pengajaran di sini
adalah berteraskan penghafalan dan pengajian berkitab. Alhamdulillah, walaupun
maahad ini baru sahaja beroperasi, jumlah keseluruhan pelajar tidak termasuk tenaga
pengajar dan kakitangan staf yang setia membantu mengurus dan mengajar
anak-anak pelajar hingga kini telah mencapai 200 orang.
.
Sokongan masyarakat setempat
terhadap pengurusan dari pihak maahad telah menjadi sumber semangat utama untuk
mereka terus berdiri teguh, melahirkan generasi Rabbani yang cemerlang.
SEBAB-SEBAB ANDA PERLU MEMBANTU
MEREKA?
.
✔️ Tapak tanah yang diwakaf berkeluasan 1.5 ekar dibiar kosong begitu sahaja.
✔️ Walaupun kekangan dana, pihak maahad berjaya membersihkan dan menambun
tanah pada awal tahun 2021.
✔️ Pada awal Ramadan, pihak arkitek MTQ telah mengeluarkan pelan
pembinaan bangunan dan memulakan fasa untuk membangun bangunan-bangunan Pusat
Al-Quran ini.
✔️ Projek pembangunan yang dimulakan dengan tapak tanah kosong ini bakal membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak pelajar kampung untuk mendapat ilmu pengajian Al-Quran secara formal.
.
PERKEMBANGAN TERKINI
4 Julai 2021 - Kerja-kerja pembinaan telah bermula. Pembinaan surau tahfiz didahulukan. Untuk mengetahui perkembangan semasa pembangunan maahad, boleh klik butang link di bawah.
>>> https://www.facebook.com/Maahad-Tahfiz-Qattrunnada-Lilbanat-106318057942400/
BERAPAKAH JUMLAH PERUNTUKAN YANG
DIPERLUKAN?
.
Untuk kos keseluruhan pembangunan pusat Al-Quran ini, ianya bakal menelan perbelanjaan sebanyak RM4 Juta. Dana ini juga termasuk untuk kos penyelenggaran seperti berikut;
✅ Kos pertukangan.
✅ Kos pengurusan dan utiliti.
✅ Kos bil utiliti (bil air, elektrik dan lain-lain)
✅ Kos pembelian perabut.
✅ Kos pengurusan dan kebajikan para pelajar dan guru-guru.
.
Berikut disenaraikan pembinaan
fasiliti bangunan serta kos perbelanjaanya termasuklah;
✅Bangunan Sekolah : RM1 Juta
✅ Bangunan tadika PASTI : RM1 Juta
✅Surau 2 Tingkat : RM500,000
✅ Bangunan Asrama Pelajar : RM500,000
✅ 2 Bangunan Tamu : RM300,000
✅ Dewan Serbaguna : RM300,000
✅ Kos-kos tambahan lain* : RM200,000
*pembinaan rumah tenaga pengajar dan mudir*
.
(Lakaran 3D Pembangunan Maahad Tahfiz Qatrunnada)
(Lakaran 3D Pembangunan Dewan Serbaguna Maahad Tahfiz Qatrunnada)
(Lakaran 3D Pembangunan Asrama Pelajar Maahad Tahfiz Qatrunnada)
(Lakaran 3D Pembangunan Asrama Pelajar Maahad Tahfiz Qatrunnada)
Lihatlah Tuan/Puan… Masih banyak yang perlu dibina untuk capai hasrat yang baik ini. Tanpa bantuan anda, anak-anak kampung di sini tiada tempat untuk belajar ilmu agama. Tegar kah hati kita untuk melihat keadaan mereka tanpa ilmu agama?
.
Bukan dengan kekuatan yang kami harapkan, cukuplah keprihatinan anda bersama kami.
.
Di kesempatan ini, pihak maahad ingin mengajak anda, para dermawan sekalian untuk bersama-sama dengan mereka mendirikan bangunan pusat Maahad Tahfiz Qatrunnada ini. Ingatlah sahabat, pertolongan yang kita beri ini, bahagia untuk mereka.
.
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca isi hati kami dan membantu. Semoga setiap kebaikan yang dilimpahkan untuk membina tempat menyebarkan agama Islam dinilai tinggi di sisi Allah SWT. Aamin ya Rabbal Alamin.
BAGAIMANA
CARA MEMBANTU KAMI?
.
Alhamdulillah, pihak kami telah menyediakan beberapa pakej istimewa di bahagian pilihan pembelian di bawah bagi memudahkan Tuan/Puan menyumbang. Pakej-pakej ini hanya dijadikan bahan rujukan. Sumbangan dana adalah tidak terhad.
Atau,
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank
Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah
MAYBANK
DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN
5630 2863 4304
*Tolong letakkan rujukan "DanaMTQ" untuk memudahkan pihak kami agihkan dana.
Sijil Pendaftar SSM Maahad Tahfiz Qatrunnada
- Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
- Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +6019-510 1294 (Wakil Pengurusan Maahad Tahfiz Qatrunnada)